Biografi Jeton Kelmendi

Lahir di bandar Peja, Kosovo (1978), Jeton Kelmendi menamatkan sekolah asas di tempat kelahirannya. Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pristina dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa. Beliau menamatkan pengajian di Free University Brussels,Belgium dengan pengkhususan dalam bidang Pengajian Keselamatan Antara-Bangsa. Beliau menamatkan ijazah sarjana keduanya dalam bidang Diplomasi. Jeton Kelmendi mendapat doktor falasafah Phd dalam bidang ’ Pengaruh Media Dalam Isu Keselamatan Politik EU’. Beliau adalah professor di Kolej-University AAB dan ahli aktif Akademi Sains dan Seni Eropah, di Salzburg, Austria. Beliau telah menulis sejak sekian lama dalam genre puisi, prosa,esei dan cerpen. Beliau menyumbang kepada banyak surat khabar di Albania dan di luar negeri, menulis dalam bidang budaya dan politik, terutama mengenai hal-ehwal antara-bangsa. Jeton Kelmendi terkenal di Kosovo selepas penerbitan buku pertamanya bertajuk’ The Century of Promises’ (Shekulli I Premtimeve), dalam tahun 1999. Ini diikuti dengan beberapa buku lain. Puisi-puisi beliau diterjemahkan ke dalam lebih daripada 27 bahasa dan diterbitkan dalam beberapa antologi kesusasteraan antara-bangsa. Beliau merupakan penyair Albania paling banyak karyanya diterjemah ke bahasa asing dan amat terkenal di Eropah. Menurut beberapa pengkritik kesusasteraan, karya Kelmendi merupakan representatif tulin puisi Albania moden. Pengkritik dan ramai penyair antara-bangsa menulis tentang beliau dan ,melihat beliau sebagai penyair Eropah yang hebat. Beliau menggangotai banyak organisasi puisi antara-bangsa dan menyumbang kepada banyak majalah kesusasteraan dan kebudayaan terutama dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Romania. Kekuatan karya beliau dalam bidang sastera terletak kepada perhatian yang diberikan kepada ekspresi puisi, eksplorasi moden teks, dan kedalaman mesej yang dibawa. Genre puisi beliau banyak berfokus kepada lirik cinta dan bait-bait iliptikal yang terjalin dengan metafora dan simbolisme artistik. Kini beliau tinggal dan bekerja di Brussels, Belgium dan Pristina, Kosovo. [1][2]